
rahmah.bakar91
5 tahun
Testis anak bengkak tapi tidak mengadu sakit.. anak umur hampir dua tahun. Sudah dua hari bengkak masih tidak surut lagi
Anak lelaki saya berumur setahun 9 bulan… dua hari lepas saya mula nampak bengkak di kawasan testis anak… tapi bila saya sentuh dia xd complain sakit. nk bwk ke klinik risau musim skarang ni…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah testis bengkak yang anak anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- varicocle (saluran darah vena bengkak)
- testicular torsion (saluran di buah zakar terbelit)
- epididymitis (jangkitan kuman pada buah zakar)
- inguinal hernia
Merujuk kepada keraguan anda, semua testikel berbeza antara lelaki, malah testikel di sebelah kiri juga boleh berbeza dari sebelah kanan dari segi saiznya. Anda harus kenal pasti kelainan pada testikel sendiri berbanding sebelumnya sama ada terdapat ketulan atau saiz semakin besar.
Bagi gejala kanser testikal pula ia termasuk:
- Terasa berat dalam testis, kadang kala sakit
- Ada ketulan di testis
- Rasa tekanan pada testis
Kami menyarankan anda berjumpa dengan doktor segera. Hal ini bagi mengecualikan testicular torsion yang amat bahaya.
Saya menyarankan anda untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital. Hal ini kerana, sebarang penyakit yang dihadapi boleh dirawat dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih