
Sulit
4 tahun
Testis anak membengkak
Dah 3 hari testies anak saya membengkak…tapi tidak berwarna merah dan tidak sakit…tapi yang saya pelik kadang kala bila saya tengok dan saya sapu kan minyak bidara tiba-tiba testis mengecut dan menjadi saiz normal…kemudian dlm beberapa minit testies membengkak semula…apa perlu saya buat doctor…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Umumnya gejala yang dialami boleh disebabkan oleh:
- Perubahan sementara organ kelamin (jika tidak sakit)
- Inflamasi testikel
- Jangkitan kuman
- Varikosele
- Hydrocoele
- atau gangguan testikel yang lain
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.