
Sulit
5 tahun
Testis bengkak di sebelah kiri
Assalam doc…saya ingin bertanya…saya berasa sakit dibahagian testis sebelah kiri…dan kelihatan membengkak dibahagian epididimis…masalah ini telah berlarutan lebih dari setahun dan akhir-akhir ini rasa sakit semakin kerap…mohon bantuan dan nasihat dari doc…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Testicular torsion
Inguinal hernia
Epididymitis
Orchitis
Penyakit bawaan seksual ( Sexually transmitted disease )
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, saya nasihatkan anda untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.