Sulit
5 tahun
Testis membesar disebelah kiri
Saya berusia 18 tahun saya pada hari tu saya tidak tau secara tiba tiba testis saya sakit disebelah kiri kemudian sakit itu hilang kemudian senak testis disebelah kiri saya terasa lebih besar dari belah kanan dan terasa seperti ada angin di testis bagaimana cara untuk saya merawat
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah testis bengkak (buah zakar lenguh dan besar) yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- varicocle (saluran darah vena bengkak)
- testicular torsion (saluran di buah zakar terbelit)
- epididymitis (jangkitan kuman pada buah zakar)
- angin pasang (inguinal hernia)
Saya menyarankan agar anda membuat pemeriksaan lanjut di hospital. Hal ini kerana, sebarang penyakit yang dihadapi boleh dirawat dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan kelamin dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah



































