
xtionoppo486
5 tahun
Testis sakit sengal seperti dipicit
Assalamualaikum saya ada masaalah testis sebelah kanan sakit bila disentuh terasa macam urat dalaman sengal senak macam tu apakah boleh sebabkan bahaya doctor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jika anda tekan dengan kuat, pastilah ia berasa sengal kerana testis mempunyai saraf yang boleh berasa kesakitan.
- Keradangan struktur testis yang dikenali sebagai epididymis (Epididymitis)
- Angin pasang (Jika scrotum anda bengkak sekali)
- Trauma atau kecederaan sebelum ini
- Kilasan testis
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.