
farizaizailudin
5 tahun
Tgn cramp, heart beat laju
Hi doc,
Semalam around pukul 4.30 pagi sy terbangun dari tido sebab tiba2 berpeluh basah baju, tgn kiri cramp n rasa mcm semut2, kena buat stretching kalau x jari sy x boleh straight bengkok lepas tu heart beat pun mcm laju… lepas sy minum air dlm 15-20mnit baru semua ok.
I don’t know what happened to me tapi lately ni sy byk mkn/minum benda manis… myb lebih gula tapi my family history tak ada diabetic cuma mak sy ada darah tinggi. Masa pregnant last year bp sy pun ok n x ada diabetic… skrg sy 32yrs…
Pagi lepas bangun tido pun still ada rasa tgn mcm bersemut lagi n jari tak boleh nak straight tapi x teruk mcm semalam. Boleh doc explain tak apa problem sy. Tq

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, gejala yang seperti digambarkan anda adalah seperti gejala serangan jantung dimana pesakit akan merasakan sakit dada, kebas pada bahagian tenkuk, bahu dan tangan sebelah kiri serta berpeluh-peluh. Namun, penyakit lain yang boleh terdapat jika pesakit mengadu masalah jantung berdebar ialah:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar ujian ECG dapat dilakukan dan masalah serangan jantung dapat dielakkan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.