
Sulit
4 tahun
Thalasemia dan Vitamin C
Sekarang saya berusia 30 tahun dan ketika pemeriksaan di sekolah pada tingkatan 4, doktor dapati saya anemia dan darah saya berbentuk bujur. Mungkin saya pembawa talasemia tapi saya tak pasti kerana sejak itu saya tak pernah buat check up. Kalau saya ingin mengambil vitamin c seperti flavettes, cebion, redoxon dan lain-lain boleh kah? Adakah kesan-kesan sampingan atau alternatif lain?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sebelum memberi nasihat tentang ubat-ubatan, ianya adalah penting untuk memeriksa status thalassemia anda. Supplemen vitamin C biasanya boleh diambil walaupun anda mempunyai thalassemia. Kepentingan anda membuat pemeriksaan berkait rapat dengan kemungkinan anda untuk mengandung pada masa hadapan dan masalah yang boleh anda hadapi. Anemia juga boleh membawa komplikasinya sendiri seperti pening, sukar bernafas, mudah pitam dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.