
Sulit
5 tahun
Thormolisis bagi stroke
Suami Saya 3 minggu Yang lepas mwnwrima Rawatan Thormolisis sebab mengalami stoke d bahagian kanan…tiada pendarahan semasa Rawatan tersebut dijlnkan tetapi apabila sudah 3 minggu selepas thermolysis tersebut bahagian belakang terasa sakit-sakit Serta tangan Dan kaki sebelah kanan sentiasa sejuk…apakah itu pesannya atau sebaliknya?..
Harap dapat memberi menjelasan yg terperinci…
Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarka keterangan anda, rawatan yang diterima suami anda adalah besar kemungkinan rawatan thrombolysis, iaitu mencairkan ketulan darah yang menyekat saluran darah di otak. Tanpa maklumat lanjut tentang masalah stroke yang menimpa suami anda, latar belakang kesihatan dan maklumat tentang rawatan lain yang diterimanya, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan tentang gejala yang dialami berkaitan dengan masalah stroke yang pernah dialaminya atau kesan sampingan rawatan.
Oleh itu, puan disarankan untuk merujuk kembali kepada doktor yang merawat suami anda agar penerangan yang lebih tepat dapat diberikan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.