Anonymous
6 tahun
Thyroid bengkak dileher
saya mula perasan yang adik saya tangannya menggigil bila nak buat sesuatu keje,badannya pula sudah susut dn dileher adik lelaki sy kelihatan seperti bengkak tapi katanya tidak sakit lalu kami pergi ke hospital untuk periksa adik sy dan doctor memberitahu yg adk sy menghidapi penyakit thyroid peringkat awal jadi disini doctor ubat apakah yg boleh mengubati adik sy ni
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, tanpa maklumat lanjut dan maklumat lengkap tentang keputusan masalah tiroid adik anda adalah sukar untuk kami menyarankan rawatan yang sesuai. Hal ini kerana masalah tiroid ada pelbagai jenis dan setiap satu rawatannya berlainan.
Sila rujuk kepada doktor yang merawat adik anda untuk berbincang tentang rawatannya dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih





























