Sulit
4 tahun
Tia,obesiti,kolestrol,faty liver
hai doc,sy wanita berumur 33 tahun,berat badan cecah 140kg,ada sejarah TIA,sy obesiti,faty liver,kolestrol,dan mkn ubat prindropil 8mg,amlodipine 10mg,aspirin 100+45mg,Ubat kolestrol 40mg,metformine 500mg,metoprolol 100mg.saya belum ambil vaksin…bole ke sy yg gemuk ni ambil vaksin ?dan jenis vaksin ape?mohon pencerahan doktor.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami sejarah kesihatan anda dan akan cuba membantu.
Vaksin Covid-19 selamat diambil oleh anda.
Mana-mana jenis vaksin boleh diambil.
Ini akan membantu anda memperolehi perlindungan penting terhadap Covid-19.
Namun demikian,anda disarankan untuk memberikan maklumat lengkap tentang sejarah kesihatan anda kepada doktor di pusat vaksinasi agar anda boleh dipantau untuk masa yang lebih lama sebelum dibenarkan pulang.
Kami harap jawapan ini membantu.
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor melalui atas talian untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























