Sulit
4 tahun
Tiada deria bau..batuk..selsema
Saya berumur 34tahun…mengalami masalah batuk+selsema beberapa hari yg lalu dan di susuli dengan hilang deria bau…tiada kontak rapat dgn mana2 pesakit covid…akan tetapi tetap berasa bimbang…ada kah perlu utk saya pergi ke mna2 fasaliti kesihatan utk buat saringan covid?
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan mengenai Covid-19. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Anda digalakkan untuk mengemaskini “Status COVID-19” di dalam aplikasi MySejahtera untuk mengetahui status kontak dan juga risiko.
Kami nasihatkan anda untuk menyekat pergerakan ataupun aktiviti anda diluar bagi tujuan langkah keselamatan dan berjaga-jaga.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
-Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
-Keletihan
-Batuk
-Lenguh dan sakit sendi
-Sakit tekak
-Sakit kepala
-Kesukaran bernafas
-Hilang deria bau dan rasa
Namun begitu anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera jika gejala anda bertambah teruk. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan pada waktu ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































