
Sulit
3 tahun
Tiada deria bau dan rasa
hai doctor, saya telah mengalami demam pada 15/11/21. ujian kendiri saliva test telah dilakukan beberapa kali dan keputusannya negative, tetapi hingga sekarang deria bau dan rasa saya masih belum ada, adakah saya perlu berjumpa dengan doctor? tetapi saya sudah tidak demam, hanya deria rasa dan bau masih belum ada. tq.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau dan rasa
Saya menyarankan anda untuk membuat swab test untuk mendapatkan kepastian tentang keadaan anda. Ini adalah kerana anda telah mengalami beberapa gejala seperti yang telah saya nyatakan di atas.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.