
amiraazzad2906
5 tahun
Tiada haid selama setahun lebih
sy wanita 29 tahun…slepas bersalin ank ke 3 …haid sy tidak datg selama setahun lebih selepas itu…adakah itu normal?apa yg patut sy lakukan utk pasti kan kitaran haid sy normal kembali.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Hasil pemerhatian yang pernah dilakukan oleh WHO, durasi jangka masa haid selepas bersalin secara umumnya ialah antara 4 hingga 10 bulan , namun ia boleh juga mencapai 15 hingga 18 bulan selepas bersalin.
Durasi period selepas bersalin akan kembali boleh mencapai 18-24 bulan jika ibu menyusukan anak mereka secara esklusif.Perkara utama yang mempengaruhi durasi kembalinya haid selepas bersalin ialah hormon progesteron dan hormon prolaktin
Untuk masalah anda ini, jika ia masih berlarutan dan anda ingin tahu bilakah waktu subur akan kembali, saya sarankan anda untuk berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.