
Sulit
3 tahun
Tiada jambang dan bulu kaki buat Saya hilang keyakinan diri sebagai seorang lelaki
Sye lelaki berumur 23 tahun tp tiada jambang…bulu kaki pon tiada… mcmne sye nk dptkn bnde tu sume dr??ini mengganggu keterampilan diri sye sbg seorg lelaki.adakah ade ubat2 atau sbginye yg bole tumbuhkn bulu ?? Sye nk mntk pendapat drpd dr tntg ubat yg bole sye gunakn utk tumbuhkn bulu2 penting ni sbb ini adalah lambang seorg lelaki sejati… harap dr boleh bg sye jawapan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, segelintir lelaki tidak dapat tumbuh jambang atau janggut. Hal ini kerana faktor gentik dan hormon. Genetik anda boleh menentukan sekiranya pengagihan folikel rambut banyak di kawasan janggut atau jambang. Faktor hormon pula melibatkan tahap sensitif folikel rambut and kepada hormon dihidrotestosterone dan androgen dalam darah anda. Mitos bahawa bercukur boleh melebatkan bulu adalah tidak benar. Hal ini kerana bercukur tidak melibatkan bahagian dalaman folikel rambut. Anda cuma mencukur bulu di permukaan sahaja. Oleh itu, sekiranya anda secara semula jadinya kurang janggut atau jambang, produk untuk menaikkan akar janggut mungkin tidak akan membuahkan hasil.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.