
Sulit
4 tahun
Tiada keputihan setelah 2 hari makan postinor 2. Adakah itu normal?
Saya berumur 22, saya mengambil postinor-2 pada 2 hari yg lepas. Setelah mengambil pill tersebut payudara sebelah kanan saya berasa sakit serta agak besar daripada keadaan normal dan keputihan saya juga berkurang. Adakah itu normal atau ia memberi kesan negatif kepada badan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi pada masa ini. Untuk makluman anda, kami kurang jelas mengenai kenyataan anda berkenaan keputihan setelah mengambil pil tersebut. Namun begitu, terdapat beberapa kesan sampingan setelah seseorang mengambil pil perancang kecemasan, seperti:
- Sakit perut
- Pendarahan dari faraj
- Haid yang tidak teratur atau perubahan terhadap kitaran haid anda
- Sakit payudara
- Sakit kepala
- Loya dan muntah
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Namun begitu, kesan sampingan ini adalah normal dan sementara kerana kandungan hormon yang terdapat di dalam pil tersebut adalah tinggi. Sekiranya perkara ini berlanjutan, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Sekiranya anda masih mempunyai soalan, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi bersama dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.