Sulit
3 tahun
Tiada kesan suntikan bcg..adakah normal?
Anak saya baru berusia 23 hari…tapi saya dapati tiada kesan bengkak @ nanah yg terjadi seperti 2 anak sy yg lain…adakah ini normal atau anak sy perlu ambil semula suntikan bcg ini?
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, kesan suntikan BCG akan mucul dalam masa 2 ke 6 minggu selepas suntikan diberikan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk melakukan pemeriksaan agar rawatan atau langkah yang seterusnya boleh dilakukan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.