Sulit
4 tahun
Tiada ketulan secara fizikal tetapi ada semasa paparan ultrasound
Sy telah menjalani ujian ultrasound breast dan mendapati payudara saya mempunyai cyst. Selain itu, hasil ultrasound menunjukkan ada ketulan yang dipaparkan. Sy bertanya kepada pegawai tersebut, dan beliau mengatakan itu mungkin adalah jangkitan kuman atau masalah hormon… Utk pengetahuan, sy pernah mengurut dan tukang urut mengatakan urat saluran susu sy bergumpal. (Ketika itu puting payudara sakit dan doktor mengatakan mastalgia. Slps urut, puting dah tak sakit lagi). Utk pengetahuan, payudara saya tiada sebarang benjolan, tiada sejarah keluarga kanser dan tiada ciri-ciri berkaitan. Adakah masalah hormon boleh menyebabkan ketulan yang hanya boleh dilihat di mesin ultrasound tetapi tiada benjolan secara fizikAL?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan sekarang !
Berdasrakan kenyataan anda, umumnya terdapat beberapa kemungkinan yang boleh berlaku. Antaranya termasuk:
- Posisi kista tersebut berada di bahagian yang dalam sehingga tidak dapat di temukan secara sentuhan fizikal dari luar.
- Konsistensi kista tersebut tidak terlalu ketara atau pejal sehingga sulit untuk dideteksi secara fizikal
- Gangguan ketumbuhan tersebut terkait dengan perubahan hormon atau faktor saluran tubuh yang lain.
Antara penyakit yang boleh dikaitkan dengan kondisi anda juga termasuk
- Kista payudara (gangguan jinak)
- Fibroadenoma
- Gangguan kelenjar
- Gangguan saluran limfa
- Ketumbuhan neoplasma (gangguan ganas)
Disamping itu, anda juga disarankan untuk belajar teknik pemeriksaan sendiri payudara atau PSP bagi menilai sendiri kondisi payudara anda dari semasa ke semasa. Kami juga tetap menyarankan anda untuk berjumpa doktor apabila berlaku perubahan konsistensi kista atau sekiranya anda masih ragu-ragu tentang kesihatan payudara mahupun kesihatan diri secara umum.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).

































