
Sulit
4 tahun
Tiada mengalami haid 3 bulan
Saya berusia 44thn mengamalkan pil perancang nordett sejak 2 tahun lepas tapi 3 bulan ni saya langsung tiada haid, dah cek tidak mengandung, perlukah saya teruskn makan pil tersebut seperti biasa atau ada saranan yg lebih baik. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid
- Jadual aktiviti harian yang padat
- Tekanan emosi atau stres
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penggunaan perancangan keluarga (pil, implan, suntikan, IUCD)
- Perimenopaus atau menopaus
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada anda perlu meneruskan atau berhenti menggunakan pil perancang tersebut kerana lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor supaya punca sebenar mengapa anda tidak datang haid dapat diketahui sebelum membuat keputusan seterusnya.
Anda digalakkan untuk merekod kitaran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar untuk dijadikan rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Tidak datang haid buat seketika? Dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan (Gynaecologist)!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.