
Sulit
4 tahun
Tiada SELERA MAKAN, BADAN LEMAH
Saya berumur 21 thun, tahun ini… Saya tiada selera makan dah dekat 7 hari. Saya tidak makan hanya minum air sahaja… Ada pun smlm makan roti sedikit sebagai alas perut… Badan jadi lemah dan sukar untuk tidur malam. Sampai tahap saya nak amik ubay tidur… 1/2 hari lepas saya dah start sakit kepala tapi tidak terlalu teruk… Apa efect kalau benda ni berlarutan… Saya jadi kurang focus dalam kerja dan terpaksa mintak cuti peribadi… Dalam masa yang sama… Saya jadi tertekan, rasa nak menangis, rasa murung dan sebagainya… Apa perlu saya buat?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala susah tidur, hilang selera makan, tertekan, kerap murung dan menangis merupakan salah satu dari gejala depresi yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Inginkan penjelasan lanjut daripada pakar? Dietitian kami sedia membantu anda.
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan tekanan dari masalah peribadi atau gangguan kesihatan (i.e. sakit kepala yang berlanjutan)
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan psikososial yang lain
Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat, tidur dan makan yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.\