
Sulit
3 tahun
Tiada selera makan, muntah, cirit birit
Saya student berumur 17 tahun, sudah beberapa hari saya tak makan sbb mmg tiada selera makan langsung, kalau saya makan saya akan muntah, dan saya juga mengalami cirit birit, makin hari saya rasa semakin lemah dan tak boleh nk buat apa ii dah, saya hanya baring sepanjang hari dan tidur

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kehilangan selera makan dan muntah. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Irritable bowel syndrome (IBS)
- Gangguan hormon seperti tiroid
- Kanser
- Masalah psikiatri seperti anorexia nervosa
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.