Sulit
5 tahun
Tiada simptom semasa kuarantin
Saya adalah petugas d hosp, telah mjaga pesakit yg dsahkn positif covid19. Saya telah dikuarantinkn dr 24/3 sehingga sekarang, utk pengmbilan swab pertama masih tiada jwapan dan swab kedua telah d ambil, masih mnggu jwpn utk kedua2 swab… Sy tiada mengalami gejala apa2 tp merasa risau jika sy positif… Sy tggl bersama suami d rumh…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda. Anda cuma perlu menunggu keputusan swab yang kedua untuk menilai status anda dalam jangkitan ini. Buat masa sekarang, amalkan langkah–langkah berikut semasa anda diletak di bawah pengawasan dan pemantauan di rumah (home surveillance):
• Perlu sentiasa boleh dihubungi pada setiap masa.
• Sentiasa berada di rumah sepanjang dalam tempoh pengawasan ini.
• Hadkan pelawat atau tetamu yang datang ke rumah anda.
• Senaraikan semua orang yang datang menziarahi anda.
• Sentiasa amalkan adab batuk yang baik.
• Sekiranya anda bergejala, sentiasa pakai face mask. Jika tidak memakai face mask, tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan CUCI TANGAN serta merta dengan sabun atau hand sanitiser.
• Hadkan jarak anda dengan mereka yang sihat sekurang-kurangnya 1 meter.
• Pakai face mask sekiranya keluar dari bilik dan elakkan bergaul dengan orang lain.
• Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan membuka tingkap.
• Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































