
Sulit
4 tahun
Tiada spotting darah tanda hamil?
hye doktor, adakah normal bagi wanita untuk hamil tetapi tanda awal kehamilan tiada darah keluar dari faraj " spotting" bagi proses penempelan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, pendarahan spotting bukanlah satu tanda ukur untuk mengatakan bahawa seseorang wanita telah hamil. Kehamilan boleh berlaku tanpa berlakunya pendarahan spotting. Tidak mengalami pendarahan spotting pada awal kehamilan adalah normal.
Kehamilan hanya dapat disahkan oleh doktor yang memeriksa anda.
Berikut juga merupakan beberapa sebab mengapa seseorang wanita mengalami gejala spotting:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Endometriosis atau adenomyosis
- Polip atau fibroid rahim
- Kecederaan dinding faraj
- Masalah pembekuan darah
- Jangkitan salur kencing
- Karang dalam salur kencing
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Ini hanyalah keterangan kami secara am persoalan yang diberikan oleh anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.