
Sulit
3 tahun
Tiada symptoms selama 14 hari sebagai pesakit covid
hi saya lelaki berumur 19tahun saya merupakan pesakit covid tiada symptoms dan harini merupakan hari 14hari saya, boleh jadi ke selepas 14hari ni saya bakal mengalami symptoms2 covid? terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui jika anda boleh mengalami simptom COVID-19 selepas 14 hari, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, terdapat kondisi yang dipanggil sebagai ‘long COVID-19’ atau ‘post-COVID-19 syndrome’ adalah kondisi gejala baru, kembali atau berlarutan COVID-19 melebihi 4 minggu selepas diagnos dengan COVID-19.
Antara gejala-gejala yang sering dilaporkan adalah seperti:
- Keletihan
- Sesak nafas
- Batuk
- Sakit sendi
- Sakit dada
- Masalah peringatan dan daya fokus
- Sakit kepala
- Jantung berdegup laju
- Hilang deria rasa dan bau
- Kemurungan atau keresahan
- Demam
- Pening kepala
- Gatal badan
Namun mempunyai kondisi ini tidak bermakna anda akan masih mempunyai COVID-19 dan boleh menjangkiti orang lain. Jika telah selesai kuarantin 14 hari, anda telah melepasi fasa atau tempoh jangkitan tetapi penjarakan sosial dan topeng muka masih perlu dipraktikkan.
Jika anda mengalami gejala atau komplikasi yang serius, anda perlu merujuk doktor dengan segera.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penilaian dan nasihat lebih lanjut dalam perkara ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini