
latiffahnordinln87
5 tahun
Tiap kali sy tarik nafas dada belah kiri sy sakit
Sy brumur 32 mpunyai ank 2 org berat 52 tgi 162cm sbelum ni sy xde ape2 pyakit

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada ketika tarik nafas boleh disebabkan:
- Kecederaan atau kekejangan otot dada
- Keradangan tulang rusuk
- Pneumothorax kecil - kebocoran paru-paru
- “Pulmonary Embolism” - masalah darah beku dalam saluran darah paru-paru
- Jangkitan kuman dalam paru-paru atau kantung jantung
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.