
Sulit
4 tahun
Tiba tiba merasa insecure pada waktu malam
Hi doc, saya wanita berumur 20 an , semalam saya sudah tidur tetapi tiba tiba saya terjaga kerana terdengar bunyi sesuatu di belakang almari . Tetapi jika saya mengetuk almari tersebut tidak apa yang ada . Tiba tiba saya menjadi sensetif dengan bunyi . Saya merasa insecure jika ada ular atau binatang buas yang berada di belakang almari tersebut sehingga saya tidak boleh tidur . Adakah perkara tersebut normal atau tidak ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kondisi anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tekanan (depressi)
- kurang rehat
- Keresahan (anxiety)
- Fobia
- Masalah personaliti
- gangguan panik ( panic disorder )
Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Setelah puncanya dikenalpasti, rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Oleh itu, saya sangat menasihatkan anda untuk ke klinik berdekatan atau ke klinik psikiatri di hospital. Anda boleh menjelaskan apa yang anda jelaskan disini kepada doktor yang bertugas.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.