
Anonymous
5 tahun
Tiba2 hilang tenaga dalam badan
Sy tengah berkerja angkat batu bata utk di ubah ke suatu tempat, tiba2 sy hilang kekuatan atau menjadi letih dgn tiba2. Apa punca penyakit sy doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ketiadaan tenaga secara tiba-tiba boleh disebabkan:
- Anemia - kurang sel darah merah
- Kurang gula - ataupun badan tidak dapat menggunakan gula seperti dalam pesakit kencing manis
- Penyakit tiroid - seperti hipotiroid
- Ketumbuhan dalam badan
Sekiranya anda berasa demam, hilang berat badan secara mendadak serta tiada tenaga anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.