
cik.himawari
4 tahun
Tiba2 mulut keluar darah
Saya berusia 20 tahun…perempuan, saya sering pening2 nak pitam, badan lesu, bahagian rusuk kanan terasa sakit ,rusuk kiri seperti berdenyut .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pening kepala dan badan lesu anda boleh disebabkan kehilangan banyak darah ataupun kekurangan air (dehidrasi). Namun gejala mulut keluar darah dan rusuk berasa sakit ini memerlukan maklumat tambahan kerana ia perlu dibezakan samada muntah berdarah, batuk berdarah atau mulut berdarah kerana punca-punca setiapnya adalah berlainan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami ataupun berjumpa dengan doktor anda. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.