
Sulit
3 tahun
Tiba2 rasa seperti pening2 mabuk
hello doc. sy nak tanya… sy lelaki berumur 33tahun… kebelakangan ini sy mudah mengalami gejala tiba2 rasa seperti mabuk2 pening kepala macam nak pitam tiba2… bila cek darah normal… sy jenis aktif buat kerja2 tukang supaya boleh kluarkan peluh… adakah nie salah satu gejala kolestrol tinggi? utk pengetahuan doc sy sekarang dlm tempoh diet dan kontrol pemakanan… sblm nie berat 122kg dan sekarang dah 115kg… ada kah nie effect dr diet yg sy buat… atau logik x jika sy kata ini salah satu pembawakan budak kerana isteri sy mengandung 6bulan… harap doc faham apa yg sy tanya nie kerana perkara nie agak merisaukan sy doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda mengajukan soalan tentang gejala mabuk dan pening kepala yang anda alami dan ingin tahu penyebabnya. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala pening atau mabuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, anataranya adalah masalah kesihatan ringan seperti kurang rehat, tidak cukup tidur atau kurang gula dalam darah.
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain seperti kurang darah dalam badan, masalah tekanan darah rendah atau masalah kesihatan yang lain.
Diet yang anda lakukan boleh menyebabkan anda kurang gula dalam darah dan apabila anda membuat aktiviti lasak atau aktif, anda diserang hipoglysemia dan menyebabkan anda mengalami gejala ini. Namun begitu, perkara ini tidak boleh disimpulkan tanpa maklumat lanjut tentang latar kesihatan anda yang lain.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh menghubungi kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.