Sulit
2 tahun
Tibi/ Rawatan doktor
Saya wanita 20an, persoalan saya adakah pesakit tibi dirawat bahagian payu dara? Adakah wajib seorang doktor lelaki setiap kali temujanji mereka akan memeriksa bahagian tersebut? Adakah itu salah satu tatatertib seorang doktor merawat pesakit tibi? Mohon penjelasan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, pesakit TB biasanya akan diperiksa dada dalam setiap temujanji untuk memastikan perkembangan penyakit mereka. Sekiranya diperlukan, rancangan rawatan atau ubat TB akan dibincang semula dan diubah untuk memastikan kesan rawatan yang terbaik.
Selain itu, sekiranya anda tidak yakin pada doktor lelaki, anda boleh minta untuk rawatan doktor wanita di klinik atau hospital anda hadiri tersebut.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Paru-paru.