
Sulit
4 tahun
Tidah tahu kesan sampingan itu berkesan atau tidak
hi! maaf saya ingin bertanya haritu saya dah makan pill postinor pertama sebelum 72 jam dan kedua selepas 12 jam. selepas 5 hari saya, saya perasan ada darah keluar dari faraj saya tetapi saya rasa itu bukan darah period boleh kah saya tahu adakah pill itu berkesan terhadap saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami itu berkemungkinan disebabkan oleh pil perancang kecemasan tersebut. Berikut merupakan antara kesan sampingan lain yang boleh anda alami sekiranya anda menggunakan pil perancang tersebut:
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan
Berdasarkan kajian, pil perancang kecemasan dapat mengurangkan risiko seseorang wanita untuk mengandung sebanyak 75% hingga 90% sekiranya diambil dalam masa 72 jam setelah melakukan seks tanpa perlindungan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.