Sulit
2 tahun
Tidak akan hidup lama selepas dijangkiti Covid-19? Tolong bantu kami
Saya memohon penjelasan benarkah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan bahawa bekas pesakit Covid-19 tidak akan hidup lama kerana virus tersebut kekal dalam badan seseorang dan akan merosakkan organ dalaman secara pelahan-lahan. Kenyataan ini membuatkan pesakit & bekas pesakit covid-19 menjadi risau dan kemurungan. Tolong bantu kami.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang kebenaran kenyataan yang mengatakan mereka yang telah dijangkiti virus COVID-19 tidak hidup lama kerana virus ini merosakkan tubuh perlahan lahan. Kami akan cuba memberi penerangan kepada anda.
Untuk makluman anda, perkara ini adalah tidak benar. Mereka yang telah sembuh daripada jangkitan ini bermakna telah membunuh virus yang menjangkiti mereka. Antibbodi terhadap virus ini juga telah terhasil untuk melawan jangkitan akan datang.
Kajian menunjukkan, pesakit covid-19 yang telah sembuh walaupun mempunyai keputusan positif, tidak lagi ,mempunyai virus yang aktif dalam tubuh mereka dan tidak menjangkiti orang lain.
Kami berharap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini