
Anonymous
5 tahun
Tidak boleh berfikir secara waras
saya berumur dalam 29 tahun doctor saya ingin bertanya ,bila masa saya bercakap dengan orang saya dalam keadaan tidak sedar apa yang saya cakap kan bukan mcm seorang yang normal ,diibarat macam khayal ,apakah penyebabnya doctor saya harap doctor boleh bantu penyakit saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti adakah anda ada mengambil apa apa ubat untuk menyebabkan anda khayal? Apakah yang anda lakukan ketika anda sedang khayal? Pernahkah anda menghadapi perkara ini sebelum ini?
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian untuk konsultasi yang lebih lengkap. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.