Sulit
3 tahun
Tidak boleh tidur malam sebab masal telinga
Hye doctor boleh saya tahu
kenapa malam je saya tidak boleh tidur…
Dan saya rasa macam telinga tersumbat…
bila siang dia oke…
malam je tidak oke sejak beberapa harini…
adakah disebabkan faktor berar badan saya juga?
berat badan say cecah 105
dan sya tidak jaga pemakanan.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- tahi telinga yang terkumpul
- Tiub eustachian tersumbat
- jangkitan sinus
- selsema
- acoustic neuroma
- ketumbuhan dalam telinga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.