
jeirtom
5 tahun
Tidak dapat menghidu
Saya Tom 31tahun. Saya tidak dapat menghidu walaupun tidak selesma dan tidak berkahak.
Kadang saya tidak dapat menghidu selama berhari2 dan kemudian pulih. Dan kemudian kembali tidak dapat menghidu.
Doktor boleh terangkan masalah saya ini dan apa yang harus saya lakukan. Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kehilangan deria bau boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat upper respiratory tract infection
- Idiopatik - penyebab yang tidak ketahui
- Trauma kepala
- Penyakit-penyakit hidung dan sinus (rongga tengkorak)
- Akibat ubatan
- Terdedah kepada gas-gas merbahaya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.