Sulit
2 tahun
Tidak dapat tido dah masok 1 minggu.pergo hospitl cek tiada sbarang msalah.pergi klinik swasta cakap gastrik
suami saya seorang driver lori.berumur 27 tahun.dh dekat 2 minggu waktu tidurnya terganggu.dah ke hospitl cek smua ok.pergi swasta cakap gastrik…mula2 rsa sesak nafas.dn yg rsaukan skarng xboleh tido wlwpon sesaat.mata xpjam lngsong.dh sminggu.badan dah letih lesu…sya ada baca ada kaitan pnyakit axiety tpi knapa jmpa doktr dia cakap xdk msalah ap…blh x tlg utk dptkn wktu tdo.bahaya klw dia xtdo lma2…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan anda mengenai masalah kesukaran tidur yang dialami oleh suami anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah kesukaran tidur (insomnia) boleh berpunca daripada beberapa perkara. Antaranya :
- Pengambilan minuman berkafein secare berlebihan
- Gangguan tekanan
- Jadual tidur yang tidak tetap
- Masalah psikiatri seperti keresahan atau kemurungan
- Masalah kesihatan lain seperti ‘sleep apnea’
- Kesan sampingan sesetengah ubat
Tidur yang tidak mencukupi boleh memudaratkan kesihatan. Memandangkan suami anda ialah seorang pemandu lori, kekurangan tidur boleh membahayakan nyawa suami anda dan orang lain ketika memandu. Oleh itu, kami amat menyarankan anda untuk merujuk suami anda kepada doktor pakar perubatan supaya dapat mengetahui punca sebenar masalah kesukaran tidur dan mendapatkan nasihat yang berpatutan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.