Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
ibu saya berumur 40’an mengalami masalah tidur pada waktu malam. Sebelum ni ibu saya tidak seperti berikut. Saya sebagai anak mula risau melihat keadaan ibu saya yang susah tidur berjaga dan pada waktu siang tidak dapat menidurkan dirinya. hanya dapat 2 - 3 jam sahaja. kemudian terbangun dengan alasan bunyi bagaimana ya saya harus lakukan sekarang?
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Anda memerlukan bantuan mengenai masalah peribadi? Doktor pakar psikiatri kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda seiring dengan peningkatan usia, terdapat beberapa perubahan tubuh yang dapat menyebabkan seseorang itu mengalami gangguan tidur
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun untuk menentukan apakah ubat diperlukan, sesi pertanyaan yang menyeluruh dan (jika diperlukan) pemeriksaan yang komprehensif harus dilakukan terlebih dahulu. Hal ini adalah untuk mendapatkan diagnosis yang lebih baik dan seterusnya memastikan apakah kondisi ibu anda memerlukan rawatan ubat dalam waktu yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.