
Sulit
5 tahun
Tidak datang bulan dan period sedikit
hi doctor, saya sekarang tengah dalam proses diet. pada bulan 7 2019 saya tak keluar period dan pada bulan 8 harini dan semalam saya didatangi coklat coklat mcm period dan saya ada symptoms sakit sakit macam mahu datang period. bila saya check harini 8/8/19, tidak ada darah ataupun coklat2. apa yang patut saya buat untuk melancarkan period?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat datang dan cecair coklat yang sedikit yang anda alami boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.