
Sulit
4 tahun
Tidak datang bulan selama 6 bulan
Saya wanita berumur 22 tahun. Belum berkahwin. Saya mengalami masalah tidak datang bulan dalam tempoh yang agak lama lebih dari 5-6 bulan. Saya pernah pergi ke klinik utk pemeriksaan dan keadaan Rahim normal.saya juga diberikan ubat anti kulat untuk vagina 1 tablet dan disarankan untuk mengambil Everning primrose oil. Saya juga mempunyai masalah sukar untuk tidur pada waktu malam. Jadi saya ingin bertanya bolehkah saya mengambil Everning Primrose Oil bersama dengan melatonin 5mg or 10 mg? Mohon penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stres
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI (Sexual transmitted infection) atau jangkitan salur kencing (urinary tract infection/UTI)
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid atau kelenjar pituitari
- Masalah pada organ reproduktif wanita -rahim, ovari
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Sekiranya doktor menggalakkan anda mengambil suplemen tersebut, anda boleh mengambilnya tetapi berdasarkan dos yang diberikan oleh doktor. Berkenaan melatonin pula, kami sarankan anda untuk berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi terlebih dahulu sebelum mengambilnya bersama suplemen atau ubat lain kerana mungkin terdapat interaksi.
Anda masih risau tentang haid yang tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengatasi masalah tidur, anda boleh cuba beberapa perkara ini:
- Pastikan bilik gelap dan senyap
- Suasana bilik yang selesa
- Pasang muzik yang menenangkan sebagai stimulasi untuk tidur
- Mandi atau segarkan diri sebelum tidur
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.