Anonymous
3 tahun
Tidak datang bulan selepas ambil perancang melalui suntikan
saya wanita 24 tahun, saya beranak ceasar. selepas bayi sebulan saya ambil perancang melalui suntikan. selepas 3 bulan suntikan itu saya langsung tidak datang bulan. sehingga hari ini, adakah ini normal? kerana saya tiada masalah untuk kitaran haid saya sebelum ini. terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Suntikan perancang keluarga mengandungi hormon analog yang mempunyai sifat yang sama dengan progestron. Suntikan ini akan diberi setiap 3 bulan dan mempunyai peratusan pencegahan kehamilan yang tinggi, lebih dari 99%.
Antara kesan sampingan pengambilan suntikan Depo-provera ini adalah pendarahan yang berlaku di antara tempoh ‘period’, haid yang datang dengan tidak teratur dan haid yang lebih berpanjangan dari biasa. Perkara ini biasa berlaku terutamanya dalam tempoh selepas suntikan pertama atau kedua. Selepas suntikan kali ketiga atau keempat, anda seharusnya tidak akan mengalami masalah seperti yang dihadapi sekarang.
Sekiranya masalah masih berlaku, anda disarankan untuk berhubung dengan kami untuk mendapatkan konsultasi yang selanjutnya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih.



































