
Sulit
3 tahun
Tidak datang haid 5bulan
Sya umur22 tahun berat badan 187 tinggi 150 .Sya start ada masalah haid tak menentu sejak Sya habis sekolah menengah tingkatan5 masa tu umur sya19-20tahun Smpi lh skrg 22 tahun dulu masa umur 19-20 paling lewat pun Sya datang haid 3bulan tapi tahun ni sampai 5bulan Sya tak datang haid saya bukan mengandung sbb Saya masih bujang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Perdarahan haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid datang lebih lambat daripada 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan