Sulit
3 tahun
Tidak datang haid ambil pil reguloN
Pada 11/5 saya buat D&C. Saya mula ambil pil regulon pada 30/5 dan 23/06 hari ke 4 berhenti untuk 7 hari. Adakah normal haid belum datang? Perlu saya teruskan makan ubat atau tidak?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid anda yang lewat atau tidak datang ini boleh berpunca daripada pengambila pil regulon tersebut. Namun begitu, ia juga boleh disebabka oleh perkara lain seperti yang dinyatakan di atas.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, dan mengetahui adakah anda patut meneruskan pengambilan pil tersebut atau tidak, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.