
Sulit
3 tahun
Tidak datang haid bulan ini.adakah sy hamil
Sy wanita dlm umr 20an … Sy tidatang haid dibulan ini.adakah sy hamil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah tidak datang haid yang dialami oleh anda. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, tidak datang haid bukan sahaja bermaksud anda hamil. Ia juga boleh disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan lain, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan ubat-ubatan seperti pil perancang
Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui punca mengapa anda tidak datang haid. Selain itu, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut mengenai masalah yang dialami oleh anda
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.