
Sulit
3 tahun
Tidak datang haid hampir 6 bulan
Saya umur 20thn tapi haid saya tidak datang hampir 6 bulan . Dan perut saya terasa tidak selesa seperti ada benda di dalam perut saya . Dan saya jugak kerap batuk dan sesak nafas sudah hampir 1 bulan . Adakah saya pregnant? Atau perlukan pemeriksaan doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang telah diajukan
Melalui keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah tidak datang haid selama 6 bulan disertai dengan gejala tidak selesa pada bahagian perut, kerap batuk dan sesak nafas. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, antara punca haid tidak datang adalah seperti:
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Kesan sampingan pil perancang kehamilan
- Tekanan emosi
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Penyakit yang lebih serius yang boleh menyebabkan gejala haid tidak datang yang memerlukan pemeriksaan lanjut adalah:
- Polycystic ovarian syndrome
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dan menentukan status kehamilan anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi