
Anonymous
5 tahun
Tidak datang haid kali kedua
Saya remaja berumur 18 tahun. Saya pernah tidak datang haid sebulan sebelum ni, kerana lewat. Tpi kali ini sy tdk datang bulan juga dan ia lewat 9 hari sy tidak datang haid, tapi rasa sakit seperti datang haid itu ada, boleh saya tahu apa masalah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal bagi remaja (bawah 18 tahun 1hari) adalah sedikit berbeza daripada wanita dewasa yang mana pada remaja, kitaran haid yang normal adalah setiap 21 sehingga 45 hari. Pada remaja juga, kitaran haid belum teratur sehinggalah 6 tahun setelah mendapat haid yang pertama. Seandaininya darah masih belum keluar, hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Paksi hormon belum matang
- Anovulasi hiperandrogenik - sejenis ketidakseimbangan hormon
- Coagulopathy - masalah perdarahan
- Disfungsi hipotalamus - yaitu satu bahagian daripada otak
- Hyperprolactinemia - hormon susu (prolaktin) meningkat
- Penyakit tiroid
- Penyakit pituitari - bahagian otak yang memproduksi hormon
- Primary ovarian insufficiency yaitu apabila ovari kehilangan fungsi diusia terlalu muda
- Akibat ubatan
- Jangkitan seksual
- Kanser
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.