
Sulit
4 tahun
Tidak datang haid pakai iucd
Sy wanita berumur 25 tahun, sy brnak czer sy mngmbil prncg iucd pd 2018 slps pakai iucd 3 bln prtma sy priod mcm biasa ,bln ke 4 sy xdtg priod bln 5 priod dtg blik dan strus nya sama juga bln ni dtg, bln depan x. Smpai la bln 6 2020 period sy kmbli mcm 3 bulan yg ptma dulu ,lncar je stiap bulan ,bulan 9 strt blik priod sy dtg2 smpai skrg .adakah itu normal dktor? Sy cek upt negative .( Smnjk pakai iucd berat sy naik )

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda perancang IUCD mempunyai beberapa kesan sampingan, tetapi ia bergantung pada jenis IUCD yang anda gunakan sama ada menggunakan copper IUCD ataupun IUCD berasaskan hormon.
Antara kesan sampingan IUCD berasaskan hormon:
- Jerawat
- Perubahan mood
- Cramping dan sakit di bahagian bawah perut
- Penambahan berat badan
- Haid tidak teratur
- Kandungan luar rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran
Bagi kesan sampingan copper IUCD pula:
- Pendarahan
- Sakit semasa hubungan seksual
- Kandungan luar rahim
- Haid tidak teratur
- Haid berlebihan
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Jika perkara ini mengganggu anda, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut, berbincang semula berkenaan cara lain untuk merancang keluarga.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.