
Sulit
3 tahun
Tidak datang haid, perut kerap berangin
Saya wanita berumur 33 tahun. Saya last datang haid pd Mei yang lalu…sekarang hampir dua bulan tidak datang haid…perut saya kerap berangin hingga menyebabkan sakit2 badan. Sekali sekala terasa seperti sukar untuk bernafas. Mohon nasihat drpd doktor. Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kitaran haid tidak teratur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Tekanan emosi
- Pengambilan ubat ubatan herba
- Penyakit organ reproduktif seperti polip, endometriosis, kanser rahim, PCOS atau pangkal rahim
- Masalah di kelenjar tiroid atau pituitari
- Jangkitan kuman di bahagian rahim ataupu faraj
Gejala kesesakan nafas tidak semestinya berkaitan dengan kitaran haid tidak teratur anda tetapi boleh disebabkan oleh asma, penyakit TB atau perkara yang lebih serius. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.