Sulit
2 tahun
Tidak datang haid selama sebulan dan tidak juga hamil
Saya wanita berumur 20tahun dan sudah berkhawin.Setiap bulan haid saya tidak teratur,contohnya saya akan datang haid pada akhir bulan dlm 23-24 haribulan begitu tetapi pada bulan ini saya tidak datang haid…Saya juga ada menggunakan penguji air kencing namun ianya negatif.Adakah saya tidak hamil atau sedang dalam proses hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- gaya hidup yang terlalu aktif
- berat badan bertambah atau berkurang secara mendadak
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Ubat-ubatan tertentu
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.