
amiafirsya.dans11
5 tahun
Tidak datang haid selepas berlaku pendarahan vagina
Assalamualaikum dr. Saya seorang pelajar berusia 20 tahun. 3 minggu lepas saya mengalami pendarahan vagina selama 7 hari tanpa henti dengan kuantiti darah yg banyak dripada darah haid. Pendarahan berlaku selepas seminggu saya tamat haid normal. Saya tidak pernah mengalami pendarahan sebelum ini dan kebiasaannya saya mengalami haid yg normal iaitu 7 hari sahaja. Selepas 3 minggu, saya tidak datang haid seperti tarikh yang sepatutnya. Apakah ianya berkaitan masalah kesihatan atau bagaimana dr?
Terima kasih dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Pendarahan yang keluar daripada vagina kebiasaannya ialah haid. Terdapat kebarangkalian anda mengalami haid yang tidak teratur. Namun begitu, perkara lain yang menyebabkan pendarahan dari vagina termasuklah:
- Pendarah keguguran
- Spotting akibat kehamilan, tekanan, masalah struktur rahim
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.