
Sulit
3 tahun
Tidak datang haid selepas stop suntikan depo
Sy last period bln jan. Sepatutnya sy kne cucuk 17/5 tp sy x buat… Sampai skrg masih belum period

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang telah diajukan
Melalui keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah tidak datang haid sejak bulan Febuari sehingga kini dan kali terakhir mengalami haid adalah pada bulan Januari. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, antara punca haid tidak datang adalah seperti:
- Kesan sampingan pil perancang kehamilan
- Tekanan emosi
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Penyakit yang lebih serius yang boleh menyebabkan gejala haid tidak datang yang memerlukan pemeriksaan lanjut adalah:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovaro atau serviks
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi