Anonymous
6 tahun
Tidak datang haid selepas suntikan perancang
Saya bersalin czer bulan 12 thn lps. Kemudian saya ambik suntikan perancang. Sejak tu saya tak period langsung… Mmg normal kan?
Setakat ni saya xpernah miss suntikan perancang. Next pd bulan 10.
Saya nak tanya jika saya tidak datang haid, adakah saya subur? Sbb ada bersama suami dan suami tidak pakai protection. Saya risau jika mengandung lagi. Kerana saya tidak mahu mengandung dlm tempoh terdekat.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan penggunaan pil atau suntikan perancang pada umumnya bukan setakat mengurangkan risiko kehamilan akan tetapi juga mengawal kitaran haid dan termasuklah memberhentikan haid tersebut selagi pengguna mengambil pil atau suntikan perancang tersebut. Soalan kesuburan jika anda menggunakan suntikan perancang pula, anda mempunyai risiko yang rendah untuk hamil walaupun suami anda tidak memakai kondom namun ianya tidak 100% bebas risiko.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































